Wednesday, 31 October 2012

sambungan minggu ke-8 Komputer dalam Pendidikan


WEB 2.0 DALAM PENDIDIKAN

1) Apakah Web 2.0 ?
   Merupakan satu inovasi perisian serta aplikasi internet dari web berbentuk statik kepada web yang lebih dinamik serta fleksibel. Kandungan yang dipersembahkan lebih interaktif dan pelbagai. Ianya menekankan konsep komunikasi web secara dua hala dan bukan lagi hanya  penyampai informasi semata-mata. Dahulunya web berfungsi untuk menyampaikan maklumat mengenai sesebuah organisasi atau platform perkongsian maklumat dengan interaksi yang terbatas. Kini, dengan pengenalan beberapa inovasi seperti laman blog, komunikasi manusia menjadi begitu pantas,mudah dan berkesan. Rangkaian menjadi lebih luas dan terbuka merentasi batas sempadan negara.

2) Siapakah yang mewujudkan Web 2.0 ?
    Ia diperkenalkan dalam O’ Reilly Media Web 2.0 Conference pada tahun 2004. Pemahaman konsep serta takrifan terhadap wadah ini masih lagi kabur pada awalnya. Dua pakar perkomputeran O’Reilly dan John Battelle telah memberi satu rumusan khusus terhadap Web 2.0 kepada umum.

3) Kenapakah Web 2.0 diwujudkan ?
    Jika sebelum ini dalam Web 1.0, emel serta Instant Messager (chat room) merupakan aplikasi yang mendominasi cara hidup masyarakat dunia. Kini Web 2.0 memberi dimensi baru yang lebih moden secara masa nyata (real time). Kepantasan aliran data dan juga pertambahan bilangan pengguna internet yang luar biasa sejak kebelakangan ini menuntut inovasi baru. Web 2.0 menuju landasan yang tepat sebagai wadah komunikasi masyarakat siber. Terdapat beberapa pakar menjangkakan teknologi web bakal mengorak langkah setapak lagi kepada versi 3.0. Transformasi seperti ini memberi kesan yang besar kepada sosial manusia serta memudahkan urusan harian manusia sejagat.
     Merancang dan membangun suatu sistem kantor virtual yang diterapkan dalam suatu aplikasi berbasiskan Web 2.0.
     Aplikasi kantor virtual dapat digunakan oleh berbagai pihak, untuk mempermudah dunia kerja nantinya dan menjadi salah satu referensi untuk mengembangkan teknologi di dalam dunia perkantoran.


3) Bagaimanakah Web 2.0 berfungsi ?
   Terdapat 5 ciri-ciri utama web 2.0 iaitu penggayaan terhadap pengalaman pengguna , melibatkan secara terus pengguna , kandungan yang dinamik , penggunaan metadata , dan kebolehan skalaan web 2.0 memberi pengalaman yang pelbagai kepada pengguna dalam penerokaan ilmu berlandaskan minat serta memberi pengalaman baru komunikasi tanpa batasan merentasi negara dan budaya. Web 2.0 menyokong kandungan web yang dinamik iaitu data yang terdapat pada web boleh dimanipulasi oleh pengguna. Isi kandungan serta maklumat akan sentiasa berkembang. Metadata menjadi kewajiban bagi memudahkan proses menjejak data untuk capaian yang lebih pantas. Skala penggunaan web boleh berubah mengikut keperluan semasa serta perkhidmatan yang ditawarkan.
   Antara aplikasi yang menjadi pendokong web 2.0 ini adalah aplikasi teknologi blog,wiki,podcast,serta rangkaian sosial. Keempat-empat inovasi ini berkembang dengan pesat dan mendapat sambutan hangat daripada komuniti internet. Kebanjiran pelbagai produk web generasi kedua ini menuntut persaingan pesat dan limpahan ekonomi yang bernilai jutaan ringgit. Teknologi ini berkembang pesat seiring dengan keperluan generasi Y yang lebih moden , bebas serta lebih terbuka pemikiran serta gaya hidupnya. Web 2.0 dapat memperkembangkan kreativiti manusia,mempelbagaikan cara komunikasi,memperbesar dan memperluas hubungan sosial,mempertingkatkan keselamatan dalam proses perkongsian maklumat serta menggalakkan kolaboratif dalam pembelajaran. Potensinya amat besar dan bermanfaat kepada pengguna internet.
   Blog menggantikan fungsi web peribadi dengan membenarkan pemiliknya berkongsi pengalaman serta pandangan dengan masyarakat dunia tanpa batasan. Penulis blog mempunyai kawalan sepenuhnya terhadap data atau maklumat dalam laman. Kandungan dapat disebarkan lebih pantas dan percuma. Setiap maklumat yang dikongsi akan dinilai oleh pembaca dan mereka boleh berkomunikasi dengan penulis secara terus sekiranya mereka ingin memberikan maklumbalas. Blog juga seringkali dijadikan senjata politik yang berkesan untuk berkempen,menyampaikan ideologi serta mengkritik sesuatu isu. Blogger dan wordpress merupakan penyedia laman blog yang berjaya dengan himpunan berjuta penulis blog dari serata dunia.
   Wiki menjadi satu platform baru yang unik dalam penyebaran maklumat. Melalui wiki, pengguna bebas memasukkan maklumat dan melakukan suntingan sendiri terhadap data yang disumbangkan daripada pengguna lain. Perkembangan ini membuka satu lembaran baru dalam dunia pendidikan. Enseklopedia bebas wikipedia (en.wikipedia.org) merupakan contoh terbaik bagaimana sistem wiki berfungsi sebagai sebuah sumber rujukan pendidikan dalam pelbagai bahasa. Selain itu,inovasi terkini wiki diperkenalkan oleh Wikispaces sebagai salah satu platform perkongsian maklumat pendidikan. Wikimapia pula menyediakan ruang kepada pengguna untuk melabel sendiri kawasan pada peta satelit dalam webnya. Potensi penggunaan sistem wiki amat luas dan mampu berkembang pada masa akan datang dalam pelbagai bidang yang lain.
   Podcast pula merupakan satu teknologi yang membenarkan gajet pemain media mudah alih atau komputer peribadi mencapai bahan audio atau video digital daripada internet. Kandungannya dikemaskini secara automatik jika terdapat sebarang masukan baru dari sumber atau penyedia perkhidmatan. Ianya menggunakan protokol RSS seperti Web Feeds. Apple ipod merupakan pelopor terawal teknologi ini. Teknologi ini semakin popular dalam pendidikan masa kini. Ianya digunakan untuk menyalurkan maklumat serta berkongsi bahan pengajaran. Guru dapat menyiarkan video tutorial, rakaman televisyen serta contoh tugasan melalui fungsian paparan gajet melalui teknologi ini. Selain bidang pendidikan ,ianya digunakan dalam bidang keselamatan,bidang penyiaran serta dalam sektor korporat.
   Rangkaian sosial pula merupakan satu cetusan hebat Web 2.0. Laman web rangkaian sosial berkembang dengan pesat sebagai satu medium komunikasi popular masa kini. Kemunculan Myspace,Friendster,Facebook,Twitter serta beberapa lagi telah membentuk beberapa kumpulan komuniti maya berskala besar yang mengumpulkan manusia dari seluruh dunia. Kumpulan ini akan semakin membesar dengan penyertaan rakan baru daripada pelbagai peringkat umur dan warna kulit. Laman rangkaian sosial paling besar,Facebook yang diasaskan oleh Mark Zuckerberg mempunyai lebih 60 juta ahli yang aktif sejak ditubuhkan pada 4 Februari 2004. Laman ini membenarkan perkongsian maklumat peribadi,minat,gambar dan video antara satu sama lain.






No comments:

Post a Comment