Wednesday, 31 October 2012

Minggu ke-8 Komputer dalam Pendidikan

Pada minggu ini semua rakan-rakan kembali ke kelas dengan wajah berseri-seri menandakan masing-masing sudah melepaskan kerinduan kepada keluarga sekembalinya dari cuti Hari Raya Haji.Pada minggu ini,setiap kumpulan akan membentangkan tentang tajuk tugasan yang telah diberikan.Disini ada beberapa maklumat yang telah saya dapat dan pelajari dalam pembentang setiap kumpulan pada minggu ini.


SISTEM OPERASI  (OPERATING SYSTEM) KOMPUTER

Definisi
- Sistem operasi komputer (OS) adalah perangkat lunak komputer atau software yang bertugas untuk mengawal dan mengurus perangkat keras dan operasi-operasi dasar sistem termasuk menjalankan software aplikasi seperti program-program pengolah data yang boleh digunakan untuk memudahkan pengguna komputer itu sendiri.

Sistem Operasi Komputer(OS)

-  Sistem Operasi komputer merupakan software pada lapisan pertama yang diletakkan pada memori komputer (memori komputer dalam hal ini ada  hardisk bukan memori ram) ketika komputer dinyalakan.Manakala software software yang lain akan dijalankan selepas sistem operasi komputer berjalan, kemudian OS akan melakukan layanan inti umum untuk software-software itu.Layanan inti umum ini termasuklah akses ke disk,management memory,scheduling task,dan antar-muka user.Bahagian yang melakukan layanan inti umum ini dinamakan sebagai kernel.

Fungsi Sistem Operasi

- OS berfungsi menghubungkan lapisan hardware dan software.
- Melakukan semua arahan-arahan penting dalam komputer.
- Menjamin aplikasi-aplikasi yang berbeza fungsinya melakukan persamaan agar berjalan lancar.

Sistem Operasi Komputer akan memastikan aplikasi perangkat lunak yang lain dapat memakai memori,menjalankan input dan output terhadap sistem lain dan melakukan akses dengan sistem fail.Jika aplikasi-aplikai yang lain berjalan dalam persamaan maka OS akan mengatur jadual yang tepat agar semua proses dalam komputer dapat berjalan dan mendapat waktu yang cukup untuk menggunakan CPU dan tidak mengganggu perangkat yang lain.

Jenis-jenis Operasi Sistem
  • WINDOWS
  • LINUX
  • APPLE
  • CHROME
  • IBM





Bagaimana Sistem Operasi berinteraksi dengan pengguna?

- Sistem Operasi berhubung dengan pengguna menggunakan text (doc ,posix,linux..) dan ada yang menggunakan gui (windows dan linux).Linux  terdapat dalam bentuk text gan gui.

a)Sistem operasi berasaskan text
-Pengguna berinteraksi dengan sistem dengan perintah-perintah yang berupa text.

b)Sistem operasi berasakan gui
-Pengguna berinteraksi dengan perintah-perintah dengan menggunakan gambar atau simbol yang memudahkan pengguna (user friendly).

Sistem Operasi Komputer Utama
- Digunakan oleh  komputer sistem umum termasuklah PC dan komputer peribadi (Laptop).Ia terbagi kepada tiga kelompok besar:

a)Keluarga Microsoft Windows-  antaranya ialah windows dekstop environment (versi 1.x- versi 3.x), windows 9x(window 95.windows 98.windows ME), Windows NT (windows NT 3.x ,windows NT 4.0 & windows 2000, windows XP, windows Server 2003, windows Vista,windows 7(seven) dan terbaru windows Orient (2014).

b) Keluarga Linux- yang menggunakan antar-muka sistem operasi Posix,seperti SCO UNIX,keluarga BSD (Berkeley Software Distribution), GNU/ LINUX, MaCOS/X (berasaskan kernel BSD yang bermodifikasi,dan dikenali dengan nama Darwin) dan GNU/Hurd.

c)Mac OS- ialah sistem operasi untuk komputer keluaran APPLE yang biasa disebut Macintosh.Antara sistem operasi keluarga ini adalah Mac OS X versi  10.4(Tiger).




Windows
- Sistem operasi yang diasaskan oleh Microsoft Corporation dikenali sebagai Microsoft Windows/Windows.
-Menggunakan antarmuka bergrafik dan simbol/gambar(Gui) yang asalnya menggunakan antarmuka berbentuk teks dan command-line (MS dos)
- Windows versi pertama ialah Windows Grafic Environment 1.0 dicipta untuk keperluan komputer bergambar.Windows 1.0 merupakan perangkap lunak 16bit tambahan(bukan  sistem operasi) berjalan atas MC DOS dan beberapa varian DOS sehingga tidak dapat berfungsi tanpa adanya sistem operasi  DOS,sehinggalah versi 2.x dan versi 3.x.
- Beberapa versi terakhir Windows dimulai dengan  Windows versi 4.0x dan Windows NT 3.1 tidak bergantung pada sistem operasi Mc DOS lagi.
-Microsoft Windows kemudian berkembang dan dapat menguasai penggunaan sistem operasi sehingga mencapai 90%.



LINUX

-Sejenis sistem pengoperasian yang dicipta oleh seorang pelajar dari Universiti Helsinki,Finland bernama Linus Torvalds.
- Kerja-kerja pembangunan sistem pengoperasian ini dimulakan Linus pada tahun 1991 dan beliau melancarkan versi 0.02 pada tahun yang sama,Pada tahun 1994 beliau telah melancarkan versi 0.1 dan seterusnya versi 3.0 yang digunakan hingga kini.
-Sistem pengoperasian Linux dibangunkan dibawah GNU(General Public Licences) iaitu Lesen Awam Umum dan kod perisiannya boleh didapati secara percuma.Namun tidak semua Linux dan variasinya boleh didapati secara percuma kerana sesiapa yang membangunkan variasi Linux berasakan kod Linux ini boleh menjualnya secara terbuka.
-Linux boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan seperti rangkaian,pembangunan perisian dan platform bagi kegunaan am.
-Berdasarkan kepelbagaian yang dimiliki oleh Linux membuatkan ia popular didunia dan banyak digunakan oleh pengaturcara untuk kegunaan peribadi.
- Terdapat beberapa laman web yang dibangunkan untuk untuk berkongsi maklumat tentang Linux antaranya:

Linux Documentation Project (http://www.ibiblio.org/mdw/)
Linux Online (http://www.linux.org/)
Linux Now (http://www.linuxnow.com)


APPLE

-Apple Inc atau sebelumnya dikenali sebagai Apple Computer Inc sebuah perusahaan silikon valley dari Cupertino,California,yang bergerak dalam bidang teknologi komputer

- Apple bermula dengan membangunkan teknologi kompuer peribadi,keluaran pertamanya ialah Apple 11

- Apple terkenal dengan teknologinya seperti iMAC,Macbook,iPod,iPHONE dan sebagainya.
- Jenamanya amat popular didunia kerana teknologi yang dihasilkan Apple mempunyai pelbagai funsgsi,rekaan menarik dan berdaya tahan.


CHROME
-Merupakan perisian sumber terbuka (open source software).Bersifat lightweight dan menggunakan kaedah web sebagai pelantar.
-Diasakan oleh pencapai wed (web browser) google iaitu Google Chrome dan Linux Kernel.
-Sasaran utama google untuk sistem pengoperasian ini ialah dengan menggunakan netbook.Namun sesuia juga dengan PC dan Laptop.
-Kunci utama bagi sistem ini ialah kelajuan,ringkas,dan selamat.Makna selamat ialah pengguna tidak perlu bimbang dengan serangan virus,malware,dan keperluan untuk mengupdate OS.Manakala kelajuan pula bermaksud OS ini cepat untuk dibuka,melayari internet,dan sebagainya.Seterusnya ringkas kerana antarmuka pengguna menekan kepada ruang yang luas paparannya bagi menjalankan aplikasi web.
- Pengguna tidak perlu bimbang dengan ruang simpanan kerana semua data akan disimpan dipusat simpanan google.ini bermaksud ia menggunkan teknik pengkomputeran awam (cloud computering) ini bermakna walaupun pengguna tertinggal netbook,tetapi semua data masih boleh dicapai asalkan terdapat internet.



IBM
- Sistem ini merupakan hasil kerjasama antara International Busisness Machine Corporation dan Microsoft Corporation untuk digunakan pada komputer IBM sebagai pengganti kepada sistenm operasi DOS.

-Sistem operasi ini dibentuk menggunakan kemampuan penuh dari Microprosesor Intel 80286 dengan adanya Protected Mode yang membuatkan sistem ini menjadi serasi  dengan banyak perangkap lunak Ms DOS yang sedang berjalan

SOLARIS
-Sebuah sistem operasi yang berdasarkan sistem operasi UNIX System yang diperkenalkan oleh Sun Microsystem pada tahun 1992 sebagai pendukung SunOS.
-Solaris terkena kerana kestabilannya,khususnya pada sistem SPARC (Scalable Processor Architecture)
-Solaris disertifikasikan dalam Spesifikasi UNIX,walaupun pada awal perkembangannya berdasarkan pemilikan peribadi,dan kebanyakkan kod dasarnya merupakan Software  Open Source  yang biasa dikenali Open Solaris.
-Open Solaris adalah OpenSources versi Sistem Operasi Sun Solaris,tetapi Sun Solaris terdiri daripada beberapa kod yang tidak hanya inti daripada Sistem OperasI misalnya Installer,Dekstop,dan Software.



PISHING
-Merupakan satu bentuk penipuan menerusi emel yang memperdayakan pengguna  seolah-olah ia dihantar oleh institusi tertntu seperti bank dimana pengguna akan diminta untuk melakukan transaksi secara “online”/ atas talian  di laman web palsu yang membolehkan maklumat peribadi  atau katalaluan pengguna dicuri.Maklumat tersebut akan digunakan untuk mencuri wang di dalam akaun pengguna.
-Merupakan salah satu “Spam email” yang begitu aktif pada masa sekarang.



SPAM
Apa itu Spam?
-          Spam atau biasanya disebut sebagai junk email adalah emel yang tidak diingini oleh pengguna komputer dalam bentuk surat elektronik (emel),Instant Messaging,Usenet,Blog,Newsgroup,dan sebagainya.
-          Spam tidak diingini oleh pengguna kerana Spam biasanya berisi iklan sesebuah syarikat atau apa-apa sahaja iklan yang akan menggangu pengguna komputer/web.
-          Spam dirasakan menggangu kerana ia datang dalam kuantiti yang banyak dalam satu-satu masa.

Kesan Gangguan Spam.
-          Membuang masa pengguna untuk membuang iklan atau berita yang tidak diingini.
-          Hardisk menjadi penuh menyebabkan mail server tidak boleh menerima emel seterusnya.
-          Virus dan Trojan mungkin masuk bersama Spam dan mengganggu sistem komputer.


Bagaimana Spam Masuk?
-          Para penyebar Spam biasanya menggunakan mail server orang lain atau alamat  emel yang tidak menujukkan identiti pemiliknya.
. Jenis-Jenis Spam.
1)      Usenet Spam - menghantar lebih 20 mesej ke Usenet Group
2)      Emel Spam - Target penyebar spam terus ke emel pengguna.Setiap hari spam akan dihantar untuk iklankan produk mereka,kadangkala mereka akam menghantar berpuluh-puluh emel sehingga komputer menjadi hang.
3)      Blog Spam- Sebuah blog yang tidak mempunyai sebarang maklumat untuk dikongsi.Dalam erti kata yang mudah blog ini tidak aktif.

Sebenarnya maksud Spam begitu luas,sebelum ini Spam biasanya dikaitkan dengan emel dan usenet.Namun kini telah melibatkan blogger, shoutbox dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment