Minggu ketiga Komputer Dalam Pendidikan;
Salam sejahtera dan salam 1Malaysia.Minggu ketiga ini kami telah mempelajari mengenai Course Management System(CMS) dan Learning Management System(LMS).Kami juga telah mempelajari dan menggunakan "google docs" untuk menulis laporan tentang LMS dan CMS.Penggunaan google docs perlu melalui gmail.
Google docs ini berfungsi seperti microsoft word.Tetapi,ia digunakan dalam talian internet.
Course Management System(LMS) adalah satu aplikasi yang digunakan dalam sistem pembelajaran.Sistem ini boleh digunakan dalam pelbagai peringkat pembelajaran,sama ada peringkat IPT atau sekolah menengah.CMS ini digunakan untuk menguruskan sistem pembelajaran dalam talian.Sistem ini digunakan untuk urusan seperti kerja rumah,info tentang subjek tertentu..Contoh paling dekat adalah I-Folio.
Learning Management System(LMS) adalah sistem pengurusan pembelajaran.Dalam sistem ini,ia bertindak sebagai pendaftar elektronik.Sistem ini memuatkan maklumat seperti jadual kelas,maklumat pembelajaran,pendaftaran pembelajaran,peringatan tentang pembelajaran dan kerja-kerja yang perlu disiapkan.Contoh terdekat yang hampir sama ialah SMPWEB.
No comments:
Post a Comment