Tuesday 8 January 2013

Minggu ke-14 Komputer Dalam Pendidikan

Pada minggu ke-14 ni adalah minggu terakhir sesi pembelajaran pada semester 1 ini.Pada minggu ini,tugasan kami adalah membentang tentang tajuk tugasan berkumpulan.Tajuk Pembentangan kumpulan kami ialah tentang E-Learning dan M-Learning.Pada pembentangan kali ini,kami telah menyiapkan slide pembentangan yang lebih kreatif iaitu slide yang mempunyai kesan-kesan visual dan muzik.

Berikut adalah link slide e-learning dalam dropbox.

https://dl.dropbox.com/u/108760441/Komputer%20Dalam%20Pendidikan%20power.pptx

LInk slide M-Learning dalam dropbox:

https://dl.dropbox.com/u/108760441/Komputer%20Dalam%20Pendidikan%20Presentation%201.pptx

Minggu ke-13

Pada minggu ke-13,Kami telah mempelajari cara-cara membuat pengiraan markah pelajar melalui Microsoft Excel.Selain itu,kami juga telah mempelajari cara membuat belanjawan peribadi dalam Open Office.Berikut adalah beberapa kerja yang telah saya siapkan.

Saya telah menyimpankan markah tersebut dalam Dropbox,berikut adalah link untuk markah pelajar:

https://dl.dropbox.com/u/108760441/MARKAH%20PELAJAR.xlsx

Link Belanjawan Peribadi dalam dropbox:

https://dl.dropbox.com/u/108760441/Belanjawan%20Peribadi.ods

Kemahiran ini penting dalam profesion perguruan apa lagi setelah berada dalam bidang perkerjaan..

Thursday 27 December 2012

minggu ke-12

Pada minggu ini,Dr Siti telah mengambil alih kelas kami selama setengah jam untuk mengisi masa yang terluang selama menunggu Puan sampai.Dr.Siti telah menunjukkan sebuah video daripada youtube tentang cara membentang yang baik.Daripada video tersebut,kami mendapat sedikit sebanyak tips menjadi seorang pembentang yang baik dan semangat untuk membuat pembentangan yang baik.Dr.Siti juga menekankan pendidikan komputer adalah penting dalam kehidupan seharian apatah lagi sebagai seorang mahasiswa dan seorang bakal guru.Setelah Puan tiba dan Dr.Siti telah menghabiskan penerangannya,kami pun beredar ke kelas Puan.Puan telah menunjukkan cara-cara untuk membuat slide beserta kesan-kesan dalam slide pembentangan itu seperti kesan bunyi, dan kesan-kesan lain lagi.Kami juga telah mempelajari cara membuat Booklet dan Brochure.

minggu ke-11

Pada minggu ke 11 ini,Puan telah memberikan sedikit sebanyak pencerahan tentang apa yang kami pelajari pada minggu lalu daripada Dr.Siti.

Antara yang kami pelajari pada minggu ini adalah aplikasi komputer seperti Open Office.Paint,Movie Maker dan Power Point.Kami di minta untuk menggunakan smua aplikasi ini.Namun saya masih belum dapat menguasai kemahiran ini.Dalam usaha saya untuk mempelajari aplikasi komputer ini,saya meminta tunjuk ajar daripada rakan sekelas yang pakar dalam bidang ini iaitu Kak Nursya Julia.Kak Ju telah mengajari saya cara-cara membuat slide show yang mempunyai sound.Saya telah mempelajari serba sedikit cara membuat slide yang beserta lagu.Pada Minggu ini juga kami diminta untuk membuat BROCHURE dan BOOKLET dalam microsoft publisher.Dalam publisher setiap kumpulan dikhendaki membuat BROCHURE bagi tugasan masing-masing.Saya telah membuat tugasan tentang e-learning da m-learning bersama Zaim Hood,maka kami perlu membuat Brochure tentang e-learning dan m-learning.

             

  


Monday 26 November 2012

minggu ke-10 komputer dalam pendidikan

Pada minggu ini Puan Hafizah Adnan tidak dapat hadir ke kelas komputer kumpulan s1k4 kerana demam.Namun kelas tetap berjalan seperti biasa,kelas kami diambil alih oleh Dr.Siti Fatimah.Pada minggu ini kami telah didedahkan kepada aplikasi dalam komputer iaitu 'paint'.Paint boleh digunakan dalam banyak perkara berkenaan pembuatan persentation,atau kertas kerja.Paint ini juga mempunyai aplikasi drawing.Paint terdapat dalam PC dalam accessories komputer.




Minggu ke-9

\


Pada minggu ini,kami telah diberikan satu ilmu baru dalam bidang teknologi masa kini.SPSS merupakan software statistik yang pada awalnya digunakan untuk riset
dibidang sosial (SPSS saat itu adalah singkatan dari Statistical Package for the Social
Science). Sejalan dengan perkembangan  SPSS digunakan untuk melayani berbagai
jenis user sehingga sekarang SPSS singkatan  dari Statistical Product and Service 
Solutions. 

SPSS menukar data atau menganalisis data daripada "survey monkey" atau "google docs" kepada bentuk graf dan carta pai.SPSS ini memudahkan untuk melihat perbezaan jawapan contohnya antara jawapan 'ya' atau 'tidak'

.

Wednesday 31 October 2012

keselamatan minggu ke-8 Komputer dalam pendidikan

KESELAMATAN KOMPUTER DAN INTERNET

PENGENALAN
Peningkatan penggunaan ICT dalam tugasan seharian terutama yang melibatkan internet dan emel telah mendedahkan ancaman kepada pihak luar terhadap sumber ICT milik sesebuah institusi.Untuk memastikan maklumat-maklumat penting sesebuah institusi bebas daripada ancaman,semua pengguna adalah disarankan untuk mematuhi garis panduan keselamatan ICT yang telah ditetapkan.
Tujuan utama garis panduan keselamatan ICT sesbuah institusi adalah sebagai panduan untuk menjamin kesimbungan urusan dengan pihak luar dan menghindar kesan insiden keselamatan ICT.Keselamatan maklumat adalah bertujuan melindungi asset sesebuah institusi daripada disalahgunakan oleh individu yang tidak bertanggungjawab.Maklumat adalah berharga kerana kebanyakan informasi tersebut adalah sensitif dan berperingkat.Jika berlaku penyalahgunaan asset berkenaan kepada individu yang tidak bertanggungjawab ia bukan sahaja akan memudaratkan institusi terlibat malah juga kepada keselamatan dan maruah Negara.Justeru itu,perlindungan keselamatan yang bijaksana perlu diwujudkan dan disesuaikan bagi menjamin kesahihan,keutuhan dan kebolehsuaian(availability)maklumat yang berterusan.
Garis panduan keselamatan ICT sesebuah institusi dikeluarkan oleh Unit Sistem Teknologi Maklumat (USTM).

KESELAMATAN DARI ANCAMAN VIRUS
Serangan virus komputer merupakan masalah yang sentiasa dihadapi oleh sesebuah institusi serta ornag ramai yang menggunakan komputer.Kepelbagaian jenis virus akan menyebabkan kerosakan sistem pengoperasikan serta peralatan komputer lain seperti hard disk.Ia meyebabkan makluamat atau data penting menjadi rosak atau hilang dan mungkin ia juga disebarkan kepada idividu lain tanpa pengetahuan pegguna. 

Langkah-langkah keselamatan:
1) Nyah Virus(virus scan)
- Pengguna PC mestilah sentiasa melakukan nyah virus (virus scan) di PC dan semua media storan yang digunakan untuk memastikan tidak ada virus sebelum digunakan.Dengan itu kita dapat mengawal keselamatan maklumat dan data dari dirosakkan oleh serangan virus.
-Sekiranya terdapat seranagn virus keatas data atau dokumen dan jika virus tidak dapat dihapuskan,hubungi pihak USTM institusi masing-masing untuk bantuan teknikal.
- Media stora seperti Disket,handy drive,CD atau DVD dan lain-lain yang diperolehi dari luar perlulah discan atau dinyah virus terlebih dahulu sebelum digunakan.
-Dilarang membika data atau dokumen yang mempunyai virus yang tidak dapat di hapuskan.

KESELAMATAN KOMPUTER DAN NOTEBOOK SERTA PERALATAN
Keselamatan meliputi komputer,notebook dan perkakasan terlibat separti hard disk,pencetak,pengimbas dan lain-lain.Pengguna seharusnya menastikan komputer atua notebook serta peralatan yang digunakan sentiasa mematuhi garis panduan berikut:

i. Setiap komputer atau notebook mestilah mempunyai katalaluan.
ii. Komputer atau notebook perlulah dilakukan pengemaskinian Micsrosoft Windows,Patches.dan Services pack yang terkini.
iii. Setiap komputer atau notebook perlulah ada computer name yang sesuai denan pemilik.Joint Domain PKB dan perisian antivirus.
iv. Pastikan antivirus sentiasa dikemaskini supaya dapat menangani serangan virus yang baru.
v. Dilarang membuat instalasi perisian yang tidak berlesen atau perisian yang tidak rasmi penggunaannya di sesebuah institusi ke dalam komputer atau notebook.
vi. Dilarang membuat instalasi perisian screen server atau active desktop kerana akan menyebabkan prestasi komputer menjadi perlahan.
vii. Dilarang mengubah atau meminda computer name dan description dalam komputer.
viii. Pastikan komputer atau notebook sesebuah institusi tidak di gunakan oleh orang yang tidak berkenaan.
ix. Pastikan komputer atau notebook diletakkan di tempat dingin dan kering serta selamat persekitarannya.
x. Dilarang menggunakan alat penyambung kuasa elektrik bagi berbagai peralatan.Bekalan kuasa elektrik yang tidak stabil akan merosakkan komputer.Gunakan kemudahan Uninterruptable Power Supply (UPS) atau Automtic Voltage Regulator (AVR) untuk memastikan bekalan elekrik sentiasa dibekalkan mengikut spesifikasi keperluan komputer / notebook.
xi. Pastikan bekalan atau punca elektrik ditutup semasa pemasangan atau penyambungan peralatan komputer dan aksesorinya atau setelah selesai menggunakan komputer atau notebook.
xii. Pastikan komputer atau notebook tidak terdedah secara terus kepada pancaran matahari / haba dan elakkan komputer daripada kawasan tarikan kuasa magnet / kuasa voltan yang tinggi.
xiii. Rehatkan komputer atau notebook jika terlalu kerap menggunakannya secara berterusan.
xiv. Tamatkan proses not responding dengan kekunci ctrl-Alt-Del jika PC hang.Tidak digalakkan menutup suis jika PC jadi hang
xv. Tidak digalakkan membuka program yang banyak secara serentak di dalam sistem komputer atau notebook bagi mengelakkan sistem menjadi hang
xvi. Pastikan komputer atau notebook mempunyai sistem date & time yang betul bagi tujuan audit dan penghantaran emel.
xvii. Sentiasa matikan komputer dengan cara yang betul bagi mencegah kerosakan kepada operating system (OS) Windows.
xviii. Tidak dibenarkan membaiki komputer atau notebook sendiri bagi mengelakkan kerosakan

KESELAMATAN KATALALUAN(PASSWORD)
Katalaluan adalah merupakan kunci atau pin yang menjadi hak individu,ia perlu dirahsiakan dari pengetahuan orang lain.Oleh itu,pengguna adalah dinasihatkan menjaga katalaluan masing-masing dengan teliti dari dicuri dan disalahguna oleh orang lain.Bagi menjamin keselamatan katalaluan pengguna perlulah memetuhi prosedur berikut:-
i. Sekiranya katalaluan telah dicuri atau disyaki dicuri,laporan hendaklah dibuat kepada pentadbir sistem ICT dan katalaluan sedia ada hendaklah diubah serta merta.
ii. Katalaluan perlulah ditukar sekerap mungkin dan dicadangkan sekurang-kurangnya sebulan sekali.
iii. Panjang katalaluan hendaklah mempunyai sekurang-kurangnya lapan aksara denagn gabungan alphanumeric huruf kecil dan besar serta simbol khas.
iv. Katalaluan hendaklah dihafal dan jangan sekali-kali disalin di mana-mana media terutama menulisnya disebelah monitor.

KESELAMATAN INTERNET
Teknologi Internet telah memudahkan perhubungan antara pengguna dan menyediakan akses kepada banyak maklumat dalam pelbagai bentuk format dengan menyediakan:-
-penyelidikan 
-analisis
-rujukan
Bahan-bahan yang berfaedah
Penggunaan internet dengan cara yang tidak bertanggungjawab adalah dianggap sebagai tatacara yang boleh mengancam keselamatan,keutuhan dan kerahsiaan maklumat,melemahkan dan manggangu sistem dan rangkaian ICT sesebuah institusi.
Demi untuk menjamin keselamatan ICT sesebuah institusi,sesebuah institusi memastilah mengeluarkan garis panduan untuk melayari internet antaranya:-
i. Tidak dibenarkan melawati web yang tidak beretika separti porno atau tidak dibenarkan (imej atau bahan-bahan yang mengandungi unsure-unsur lucah seperti sex,gay,lesbian,nude,xxx dan seumpama dengannya)
ii. Dilarang memuat turun,menyimpan dan menggunakan perisian berbentuk hiburan atas talian separti permainan elektronik(games),video dan lagu.
iii. TIdak memuat turun,menyimpan dan menggunakan perisian yang tidak berlesen.
iv. Dilarang memuat turun atau nail(download / upload) serta menyimpan maklumat yang melibatkan sebarang pernyataan fitnah atau hasutan yang boleh memburuk dan menjatuhkan imej sesebuah institusi.
v. Penyertaan forum atau perbincangan awam atas talian(online forum) mestilah mendapat kebenaran daripada pihak yang berkaitan serta menggunakan kemudahan online chatting atau internet masseging adalah dilarang sma sekali.
vi. Mengaktifkan pop-up blocker tool bagi semua penggunaan internet browser untuk menghalang pop-up screen yang kemungkinan mengandungi code/script yang mempunyai virus serta berunsur promosi laman web serta iklan kerana ia akan menyibukkan trafik rangkaian internet sesebuah institusi.
vii. Dilarang memuat turun fail-fail yang saiz besar melebihi 2MB.

KESELAMATAN MAKLUMAT
Garis panduan keselamatan ICT adalah bertujuan untuk menjamin dan meningkatkan lagi tahap keselamatan maklumat yang dicapai,dihantar atau pun dirujuk.Bagi memastikan semua fail yang dihantar atau diterima bebas daripada sebarang bentuk ancaman keselamatan,perisian antivirus dan penapis malicious codes perlulah dikemaskini dari semasa ke semasa dan sentiasa memenuhi cirri-ciri berikut:-
i. Kerahsiaan
-Maklumat tidak boleh disebarkan sewenang-wenangnya atau dibiarkan dicapai tanpa kebenaran.
ii. Integriti
-Data dan maklumat hendaklah tepat,lengkap dan kemas kini.Ia hanya boleh diubah oleh sesuau pihak sahaja.
iii. Tidak boleh disangkal
-Punca data dan maklumat hendaklah dari punca yang sah dan tidak boleh disangkal.
iv. Kesahihan
-Data dan maklumat hendaklah dijamin kesahihannya.
v. Kebolehsediaan
-Data dan maklumat hendaklah boleh dicapai pada bila-bila masa.

KESELAMATAN RANGKAIAN
Rangkaian adalah merupakan satu sumber ICT yang utama bagi sesebuah organisasi pada masa kini.Oleh itu, keselamatan rangkaian (network security) adalah merupakan satu langkah keselamatan utama untuk mengawal asset ICT dari dicerobohi.Reka bentuk rangkaian yang betul dan baik adalah merupakan satu faktor keselamatan rangkaian komputer sesbuah organisasi.
Pemantauan juga perlu dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan keselamatan rangkaian berada dalam keadaan selamat.Pengguna tidak di benarkan memuat turun apa juga perisian separti screen saver,games,gambar dan perkara-perkara yang separti dengannya kerana ia akan memberi impak kepada pretasi rangkaian(network performance) dan kemungkinan ada virus atau kod virus bersamanya.
Firewall diwujudkan bagi memastikan keselamatan ke atas asset-aset di dalam rangkaian sesebuah organisasi supaya tidak boleh diceroboh.Melalui sistem Firewall tersebut hanya server-server dan perkhidmatan port tertentu sahaja yang dibenarkan kepada pengguna dari luar untuk mencapai server-server dalaman.Konfigurasi keselamatan setiap server diperkemas dan dikemaskini dari semasa ke semasa selain dari kawalan capaian oleh firewall.

KESELAMATAN MEL ELEKTRONIK
E-mel merupakan satu media perhubungan yang paling mudah,cepat dan murah untuk berhubunag dari satu pihak ke satu pihak yang lain tidak kira jarak.masa dan tempat.Sebagai langkah,pemgguna e-mel hendaklah mematuhi prosedur berikut:-
i. Dilarang menggunakan akaun milik orang lain,berkongsi akaun serta membenarkan akaun digunakan oleh orang lain walaupun untuk tujuan tugas rasmi.
ii. Pengguna tidak dibenarkan dengan sewenag-wenangnya memberikan alamat e-mel sesebuah organisasi atau individu kepada orang lain kerana ditakuti ianya akan menggalakkan penyebaran virus,emel spamming dan junk-mail separti iklan perniagaan.
iii. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan e-mel untuk tujuan komersial, politik ,perjudian, jenayah dan perkara-perkara lain yang mana bukan urusan rasmi sesebuah organisasi.
iv. Semua e-mel yang mengandungi fail kepilan seperti:-
-*.scr, *.com, *.exe, *.dll, *.pif, *.vbs, *.chm, *.ocx, *.hlp, *.hta, *.js, *.shb, *.shs, *.vb, *.vbe dan lain-lain akan ditapis dan ditahan penyebarannya kepada penerima kerana dikuatiri mengandungi virus.
v. Dilarang membuka e-mel yang mengandungi fail kepilan (attachment file) seperti *.exe,*.scr, *.gif, *.pif, *.com, *.dll, *.bat, *.vbs, *icr dan sebagainya yang didapati meragukan.
vi. Lkukan scanning ke atas semua fail dan attachment file bagi mengenal pasti fail-fail yang diserang virus dengan perisian antivirus yang digunakan secara rasmi oleh sesebuah organisasi.
vii. Memastikan kemudahan e-mel digunakan dan dibiarkan aktif pada keseluruhan waktu bekerja supaya e-mel yang di alamatkan sampai tepat pada masanya dan tindakan ke atasnya dapat disegerakan.
viii. Sebarang e-mel untuk tujuan individu hendaklah dihantar terus kepada individu tersebut sahaja.
ix. Untuk keselamatan dokumen rahsia rasmi dan maklumat yang penting tidak digalakkan menghantar melalui e-mel,jika perlu pennguna hendaklah menggunukan sijil digital(Digital Certificate) untuk penghantaran dokumen tersebut melalui e-mel.
x. Saiz fail kepilan termasuk kandungan e-mel yang dihantar hanya dibenarkan bagi saiz yang tidak melebihi 4.0MB sahaja.Penghantaran e-mel yang bersaiz besar akan mengganggu prestasi e-mel server dan sistem rangkaian.
xi. Pengguna hendaklah mencetak e-mel yang penting dan di failkan bagi mengelak maklumat penting hilang apabila berlaku kerosakan kepada hard disk komputer atau serangan virus.
xii. Pengguna hendaklah membuat salinan dan menyimpan attachment file ke satu folder berasingan dari e-mel yang penting bagi tujuan backup jika berlaku masalah kepada hard disk komputer.

KESELAMATAN TATACARA PENJAGAAN MEDIA STORAN
Media storan yang popular digunakan pada mas sekarang adalah USB Drive.Walaubagaimana pun Disket atau cakera liut masih lagi digunakan oleh sesetengah pengguna sebagai media storan elektronik untuk menyimpan data atau fail yang kecil untuk penyebaran maklumat atau sebagai backup.
Bgi memastikan data yang disimpan sentiasa selamat oleh itu pengguna dinasihatkan supaya mengikut prosedur tatacara penjagaan media storan seperti berikut:-
i. Elakkan disket dari terkena debu-debu atau habuk dan hendaklah disimpan di tempat yang selamat.
ii. Sekiranya disket yang digunakan adalah yang telah lama jangka hayatnya, maka data atau fail hendaklah dipindahkan ke media lain yang lebih tahan lama dan selamat seperti CD/CVC.
iii. Media storan yang rosak atau tidak boleh digunakan lagi,perlulah dimusnahkan sebelum di buang.Ini adalah bagi memastikan maklumat di dalamnya betul-betul tidak dapat dicapai oleh orang lain.
iv. CD/DVD hendaklah di simpan di tempat yang selamat agar ia tidak tercalar dan rosak.
v. Semua media storan hendaklah tidak disimpan berhampiran dengan sumber-sumber yang bermagnet bagi mengelakkan data yang disimpan hilang atau rosak. 
vi. Semua media storan seperti disket,CD,DVD dan Handy Drive hendaklah di buat pemeriksaan virus terlebih dahulu sebelum digunakan.Pemeriksaan virus tersebut hendaklah dibuat secara berkala bagi menjamin keselamatan data atau maklumat yang disimpan.