Pada minggu ini,Dr Siti telah mengambil alih kelas kami selama setengah jam untuk mengisi masa yang terluang selama menunggu Puan sampai.Dr.Siti telah menunjukkan sebuah video daripada youtube tentang cara membentang yang baik.Daripada video tersebut,kami mendapat sedikit sebanyak tips menjadi seorang pembentang yang baik dan semangat untuk membuat pembentangan yang baik.Dr.Siti juga menekankan pendidikan komputer adalah penting dalam kehidupan seharian apatah lagi sebagai seorang mahasiswa dan seorang bakal guru.Setelah Puan tiba dan Dr.Siti telah menghabiskan penerangannya,kami pun beredar ke kelas Puan.Puan telah menunjukkan cara-cara untuk membuat slide beserta kesan-kesan dalam slide pembentangan itu seperti kesan bunyi, dan kesan-kesan lain lagi.Kami juga telah mempelajari cara membuat Booklet dan Brochure.
Thursday, 27 December 2012
minggu ke-11
Pada minggu ke 11 ini,Puan telah memberikan sedikit sebanyak pencerahan tentang apa yang kami pelajari pada minggu lalu daripada Dr.Siti.
Antara yang kami pelajari pada minggu ini adalah aplikasi komputer seperti Open Office.Paint,Movie Maker dan Power Point.Kami di minta untuk menggunakan smua aplikasi ini.Namun saya masih belum dapat menguasai kemahiran ini.Dalam usaha saya untuk mempelajari aplikasi komputer ini,saya meminta tunjuk ajar daripada rakan sekelas yang pakar dalam bidang ini iaitu Kak Nursya Julia.Kak Ju telah mengajari saya cara-cara membuat slide show yang mempunyai sound.Saya telah mempelajari serba sedikit cara membuat slide yang beserta lagu.Pada Minggu ini juga kami diminta untuk membuat BROCHURE dan BOOKLET dalam microsoft publisher.Dalam publisher setiap kumpulan dikhendaki membuat BROCHURE bagi tugasan masing-masing.Saya telah membuat tugasan tentang e-learning da m-learning bersama Zaim Hood,maka kami perlu membuat Brochure tentang e-learning dan m-learning.
Subscribe to:
Posts (Atom)